Santor Singh (1962-2015), Sjn 94695

1
5113
Saskar: Nov 5 (Thurs), 2pm at Kg Tunku Crematorium, Jalan 229, PJ | Malaysia
Santor Singh (1962-2015), Srg 94695
Santor Singh (1962-2015), Srg 94695

Sergeant Santor Singh, a policeman and an active member of the Sikh community, passed away today. He was 53.

“He served GS Police Penang as Sewak with distinction,” shared lawyer and Sikh activist Sukhindarpal Singh from Penang.

 

Sjn Santor Singh s/o Boota Singh

Year born: 1962

Date of passing: 4 Nov 2015

Wife: Savinder Kaur

Parents: Late Boota Singh and Late Sarjit Kaur

Children:

Gurvinder Singh
Ashwinder Singh
Harsimran Kaur
Rashpreet Kaur

Siblings (spouses in brackets):

Jegindah Kaur (Narwan Singh),

Harbhajan Singh (Amarjit Kaur),

Charan Singh (Satya Devi),

Terlok Singh (Balbir Kaur),

Ranjit Singh,

Amarjeet Kaur (Pritam Singh),

Mahinder Singh

Cremation: 2pm, 5 Nov (Thurs) at Kg Tunku Crematorium, Petaling Jaya

Path da bhog: 21 Nov 2015 at 10am at Gudwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ)

Contact person: Ashwinder Singh 012 3814574, 03.78031065

 

Asia Samachar | Entry: 4 Nov 2015, 16:50 |

[ASIA SAMACHAR is an online newspaper for Sikhs in Southeast Asia and surrounding countries. We have a Facebook page, do give it a LIKE. Follow us on Twitter. Visit our website: www.asiasamachar.com]

 

1 COMMENT

  1. Utusan Malaysia, 10/05/2011

    Santor Singh kendali 551 kertas siasatan

    http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_01.htm

    Oleh ASSIM HASSAN | Gambar ABDUL RAZAK LATIF

    MENERIMA sijil penghargaan atas penat lelah kerja yang dilakukan merupakan satu kenangan manis bagi setiap individu.

    Malah, jika kerja yang dilakukan itu memerlukan ketahanan mental dan fizikal, ia lebih dianggap bonus selain perasaan puas hati.

    Sarjan Santor Singh a/l Boota Singh masih ingat kenangan manis tatkala menerima sijil penghargaan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Khamis lalu.

    Masakan tidak, segala penat lelah selaku penolong pegawai penyiasat (AIO) Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields akhirnya berbalas.

    Ketikaa ditemu bual baru-baru ini, Santor Singh pada mulanya seakan-akan takut untuk membuka cerita dan hanya meminta penulis untuk membaca ringkas sijil yang diterimanya itu.

    Ia tertera Berjaya mengendalikan 551 kertas siasatan daripada 556 kertas siasatan sejak 2009 hingga Mac 2011 selain berjaya mendakwa 48 kes ke muka pengadilan’.

    Merupakan seorang yang merendah diri, Santor Singh memberitahu, sijil penghargaan itu adalah pembakar semangat bagi dirinya untuk bekerja lebih keras membanteras jenayah.

    Katanya, sejak menjadi Penolong Pegawai Penyiasat di Balai Polis Brickfields, secara purata beliau akan menyiasat 15 ke 20 kertas siasatan dalam masa sehari.

    “Namun ia bergantung kepada kes pada hari tersebut. Ada masa tak banyak kes, ada masa setiap pegawai penyiasat dan penolong akan bersengkang mata meneliti kes serta membuat siasatan.

    “Namun, semua itu seperti alah bisa tegal biasa bagi seorang anggota polis dalam menjalankan kerja,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Balai Polis Brickfields di sini baru-baru ini.

    Bapa kepada empat anak itu memberitahu, walaupun hanya sebagai penolong, beliau mempunyai prinsip tegas ketika menjalankan tugas.

    Jelasnya, tidak melengah-lengahkan sesuatu kerja adalah prinsip yang diterapkan sejak menyertai pasukan beruniform itu.

    “Setiap hari banyak kes-kes baru yang akan dilaporkan dan perlu disiasat. Oleh itu, jika kertas siasatan tidak diselesaikan segera, sudah tentu ia bertambah dan akhirnya membebankan kita sendiri.

    “Selain itu, siasatan yang dijalankan perlu mengambil kira kedua-dua pihak iaitu tidak berat sebelah.

    “Dalam siasatan saya, individu yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya yang telah berjaya membawa 48 kes yang disiasat ke muka pengadilan sejak menjawat jawatan itu.

    end

Comments are closed.