
Iklan Jawatan Kosong Granthi untuk Gurdwara Sahib Muar, Johor
ਗੁਰਦੁਆਰਾ ਸਾਹਿਬ ਜੋਹੋਰ ਬਾਹਰੂ ਨੂੰ ਗ੍ਰੰਥੀ ਦੀ ਲੋੜ
Permohonan adalah dipelawa kepada yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Granthi di Gurdwara Sahib Johor Bahru.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
- Fasih membaca ayat ayat suci Sri Guru Granth Sahib Ji serta berpengetahuan dalam sejarah Sikh dan mengenali Tatakelakuan Sikh (S.G.P.C.) dengan sempurna dan boleh berkhutbah serta memberi penerangan ringkas dalam bahasa Inggeris dan Punjabi.
- Menyempurnakan dengan teliti kerja kerja harian dan semasa majlis majlis keagamaan di Gurdwara Sahib Johor Bahru.
- Kebolehan menyanyi, bermain Harmonium dan juga Tabla serta mampu mengajar ilmu muzik tradisional dan mengajar Bahasa Punjabi kepada kanak kanak penganut.
- Calon tersebut mestilah berumur lebih dari 40 tahun.
- Gaji akan diberikan mengikut pengalaman dan kemahiran yang ada.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon Warganegara Malaysia.
- Gaji: RM2,300 (bergantung kepada pengalaman)
Calon calon yang berminat diminta menghantar permohonan secara bertulis kepada:
President: Dr Sarjit Singh
H/P : 019 7352525
MORE COMMENTS ON THIS STORY AT ASIA SAMACHAR FACEBOOK AND INSTAGRAM
































