Coalition of Malaysian Sikh Organisations (CMSO) letter, dated 18 Aug 2014, to a deputy minister at Malaysia’s Education Ministry on issues regarding maintenance of hair and the wearing of kara by Sikh students in schools.
——
GABUNGAN PERTUBUHAN SIKH MALAYSIA
(COALITION of MALAYSIAN SIKH ORGANISATIONS)
(PPM-004-10-02052012)
C/O GURDWARA SAHIB PETALING JAYA
No. 4, LORONG UTARA B, OFF JALAN UTARA
46860 PETALING JAYA, SELANGOR, MALAYSIA
Tel: 03-80119445 Email: gabungansikh@yahoo.com
Our Ref: CMSO/MOE (1-2014)
18 Ogos 2014
YB Tuan P. Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia II
Kementerian Pendidikan Malaysia
PUTRAJAYA
YB Tuan,
Salam Sejahtera.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 3 TAHUN 2011
PERATURAN BERKENAAN RAMBUT DAN PEMAKAIAN STEEL BANGLE (KARA) OLEH MURID-MURID KETURUNAN SIKH
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Gabungan Pertubuhan Sikh Malaysia seringkali menerima rayuan dari ibu-bapa pelajar Sikh yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah tentang pentadbir sekolah mereka menghalang mereka berambut panjang, menyimpan misai dan janggut dan memakai serban atau tudung kepala ke sekolah walaupun adanya kelonggaran bagi pelajar Sikh menurut Surat Pekeliling tersebut di atas.
Pihak Kementerian harus mengambil perhatian mengenai beberapa perkara berikut untuk menambahbaik Surat Pekeliling tersebut untuk mengatasi salah tafsiran dan salah fahaman maksud Surat Pekeliling tersebut:
1. Lelaki dan Perempuan Sikh mesti menyimpan rambut mereka di atas seluruh tubuh badan dalam keadaan semula-jadi tanpa diganggu.
2. Lelaki Sikh yang mematuhi kehendak (1) di atas, di kehendaki ikat rambut panjang atas kepala dalam apa di panggil ‘Joorha’. Bagi murid sekolah rendah, Joorha harus di balut dengan kain kecil atau kepala di balut dengan ‘Patka’ atau ‘Keski’. Bagi pelajar sekolah menengah, kepala harus di balut dengan ‘Keski’ atau ‘Dastaar’/ Serban.
3. Perempuan Sikh yang mematuhi kehendak (1) di atas, di kehendaki tutup kepala dengan ‘Scarf’/Tudung, walaupun ada ramai perempuan yang memilih untuk tidak menutup kepala.
4. Lelaki Sikh yang mematuhi kehendak (1) di atas, di kehendaki menyimpan misai dan janggut dalam keadaan semula-jadi.
5. Lelaki dan Perempuan Sikh yang mematuhi kehendak (1) di atas, juga di kehendaki menyimpan sebuah sikat kayu kecil (Kangga) pada setiap masa.
6. Lelaki dan Perempuan Sikh di kehendaki memakai Steel Bangle (Karha)/ Gelang Tangan Besi pada setiap masa. Kehendak ini adalah untuk semua penganut agama Sikh walaupun mereka tidak mematuhi kehendak (1) di atas.
Perkara ini tidak seharusnya tertakluk keatas kehendak dan permintaan oleh ibu-bapa.
Kami sedia membincangkan lanjut tentang perkara ini dengan YB dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
SARDAR AUTAR SINGH
Setiausaha Agung
Gabungan Pertubuhan Sikh Malaysia
Member Organisations:
GURU KALGIDHAR DIWAN MALAYSIA
GURU NANAK
GURU GOBIND SINGH FOUNDATION
KHALSA DIWAN MALAYSIA
MALAYSIAN SIKH EDUCATION AID FUND
MALAYSIAN SIKH UNION
MALAYSIAN SIKH WOMEN’S AWARENESS NETWORK SOCIETY
SANT SOHAN SINGH JI MELAKA MEMORIAL SOCIETY MALAYSIA
SIKH WELFARE SOCIETY MALAYSIA

































