Iklan Jawatan Kosong Granthi untuk Gurdwara Sahib Kuala Pilah
Permohonan adalah dipelawa kepada yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Granthi di Gurdwara Sahib Kuala Pilah. Negeri Sembilan.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
1. Fasih membaca ayat ayat suci Sri Guru Granth Sahib Ji serta berpengetahuan dalam sejarah Sikh dan mengenali Tatakelakuan Sikh (S.G.P.C.) dengan sempurna dan boleh berkhutbah serta memberi penerangan ringkas dalam bahasa Inggeris dan Punjabi.
2. Menyempurnakan dengan teliti kerja kerja harian dan semasa majlis majlis keagamaan di Gurdwara Sahib Kuala Pilah. Negeri Sembilan
3. Kebolehan menyanyi, bermain Harmonium dan juga Tabla serta mampu mengajar ilmu muzik tradisional dan mengajar Bahasa Punjabi kepada kanak kanak penganut.
4. Calon tersebut mestilah berumur lebih dari 40 tahun.
5. Gaji akan diberikan mengikut pengalaman dan ! kemahiran yang ada.
6. Keutamaan akan diberikan kepada calon Warganegara Malaysia.
Calon calon yang berminat diminta menghantar permohonan secara bertulis kepada:
Presiden: Sdr. Surjit Singh A/L Mohan Singh (011-1615 9937)
GURDWARA SAHIB KUALA PILAH (MGC 040)
No. 9, Jalan Raja Melewar,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan, Malaysia
ASIA SAMACHAR is an online newspaper for Sikhs / Punjabis in Southeast Asia and beyond. You can leave your comments at our website, Facebook, Twitter, and Instagram. We will delete comments we deem offensive or potentially libelous. You can reach us via WhatsApp +6017-335-1399 or email: asia.samachar@gmail.com. For obituary announcements, click here
































