Hari Vaisakhi: Perayaan Masyarakat Sikh

0
1613
| Kuala Lumpur, Malaysia | 12 April 2017 | Asia Samachar |

PUTRAJAYA, 12 April 2017 – Hari Vasakhi merupakan salah satu perayaan utama kaum Sikh. Sambutan Vaisakhi yang jatuh pada tanggal 14 April setiap tahun menandakan permulaan musim menuai mengikut kalender masyarakat Punjabi Sikh. Walaupun tiada cuti umum bagi perayaan ini, penjawat awam dalam kalangan masyarakat Punjabi-Sikh dibenarkan untuk megambil cuti tanpa rekod bagi menghormati sambutan perayaan yang bermakna ini.

Perayaan ini menggabungkan unsur-unsur keagamaan dan kebudayaan, dan sekali gus disambut bagi meraikan kelahiran Khalsa Panth oleh Guru Gobind Singh yang telah wujud semenjak tahun 1699.

Sesungguhnya, masyarakat Sikh telah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1870-an melalui proses migrasi dan telah bermastautin di Malaysia lebih kurang 150 tahun. Salah satu penempatan pertama Sikh di Malaysia adalah di bandar bersejarah Taiping.

Budaya masyarakat Sikh ini termasuklah ibadah ‘Langar’ atau ‘dapur’ iaitu menghidang dan memberi makanan percuma kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan dan latarbelakang. ‘Langar’ disediakan di setiap Gurdwara (rumah ibadat masyarakat Sikh). Di Malaysia terdapat sebanyak 135 buah Gurdwara.

Hari Vaisakhi merupakan satu lagi perayaan di Malaysia yang melambangkan keistimewaan serta keharmonian penduduk berbilang kaum dan agama.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Punjabi Malaysia akan menganjurkan MyVaisakhi Fest 2017 pada 29 April 2017 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti tarian tradisional dan persembahan muzik, persembahan Bangra, kesenian budaya punjabi dan banyak lagi.

Melalui sambutan ini, ia sekali gus dapat menjadi landasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan memahami adat budaya kaum Sikh dengan lebih dekat lagi.

Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

 

ASIA SAMACHAR is an online newspaper for Sikhs in Southeast Asia and surrounding countries. We have a Facebook page, do give it a LIKE! Follow us on Twitter. Visit our website: www.asiasamachar.com

 

RELATED STORY:

MyVaisakhi creates record with 5,138 chapatis in 3 hours (Asia Samachar, 24 April 2016)

Redefining Vaisakhi (Asia Samachar, 16 April 2016)

Momentous Vaisakhi celebration in Canada (Asia Samachar, 14 Apr 2016)

Vaisakhi: Points to Ponder (Asia Samachar, 12 April 2016)

Canadians share Khalsa Panth ideals: Justin Trudeau (Asia Samachar, 11 April 2016)

Maybank allows Sikh staff unrecorded leave for Vaisakhi. Kudos! (Asia Samachar, 6 April 2016)

Vaisakhi unrecorded leave for Malaysian Sikh civil servants (Asia Samachar, 6 April 2016)

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY