MIC unable to fully resolve Indian youth issues, says Dr Sarjit

1
584
| Malaysia | 11 Oct 2016 | Asia Samachar |
Malaysian academician Dr Sarjit Singh featured in a news report in Astro Awani - PHOTO / ASIA SAMACHAR
Malaysian academician Dr Sarjit Singh featured in a news report in Astro Awani – PHOTO / ASIA SAMACHAR

The Malaysian Indian Congress (MIC), a component member of the coalition Barisan Nasional (BN) ruling the Federal government, is still unable to fully cater for the Indian community in the country, especially the youth.

This was a statement made by a Sikh academician after a roundtable discussion at Universiti Putra Malaysia in Kuala Lumpur on 11 Oct 2016, reports Astro Awani.

SEE ALSO: Two Sikh academics awarded MCMC research grants

SEE ALSO: Malaysian minister appoints Dr Sarjit as advisor

“MIC has to double-up visiting the youth on the ground and get their reaction of the Indian youth to resolve outstanding issues,” Associate Prof Dr Sarjit Singh Gill from UPM told reporters after a roundtable discussion entitled ‘Understanding Non-Malay Youth Problems in Malaysia’ at UPM’s Faculty of Human Ecology.

Two representatives from the Sikh Naujawan Sabha Malaysia (SNSM), or the Malaysian Sikh Youth Organisation, also took part in the roundtable.

THE FULL STORY AT ASTRO AWANI:

SERDANG: MIC masih belum dapat membela sepenuhnya nasib masyarakat India di negara ini terutama golongan belia, ujar Pakar Rujuk Dasar Belia Malaysia, Prof Dr Sarjit Singh Gill.

Jelasnya, masyarakat India memerlukan pemimpin dinamik yang mampu menyelesaikan masalah terutama di peringkat akar umbi.

“Pada pandangan saya, MIC perlu lebih turun ke bawah mengunjungi golongan belia dan mendapatkan reaksi komuniti belia India supaya mereka boleh menzahirkan masalah-masalah yang belum selesai,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panelis Sesi Meja Bulat bertajuk “Memahami Masalah Belia Bukan Melayu di Malaysia” di Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, golongan belia India perlu didekati dengan memberikan ruang dan peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu mereka.

“Walaupun kerajaan telah tubuhkan empat unit di bawah Jabatan Perdana Menteri, tetapi saya fikir perkara ini perlu dimaklumkan kepada masyarakat dan supaya belia-belia ini boleh mendekati keempat-empat agensi itu bila-bila masa kerana kebanyakan NGO belia India ini masih belum diberi sokongan yang padu oleh semua pihak.

“Dengan adanya lebih banyak geran dana daripada kerajaan khususnya dua agensi utama, maka ia boleh diberikan kepada NGO India itu,” kata beliau.

Bagaimanapun katanya, kebajikan belia kaum India di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih terbela berbanding semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Memang jauh berbeza dari segi kepimpinan Datuk Seri Najib yang memberikan bantuan dan komitmen terhadap masyarakat India berbanding kepimpinan zaman Tun Dr Mahathir kerana ketika itu Tun Mahathir menyalurkan dana kepada MIC. Namun yang ini kepada agensi di JPM,” tambahnya.

Pendekatan Perdana Menteri itu juga disifatkan berkesan dalam menyalurkan dana kepada masyarakat India.

“Namun, yang paling penting dana itu ditambahkan. Jadi saya rasa kepimpinan Perdana Menteri sangat komited untuk membantu masyarakat India dan minoriti yang lain,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah melibatkan masyarakat minoriti termasuk Orang Asli, Sabah dan Sarawak.

“Langkah ini penting bagi menyusun dan merencanakan satu sistem yang lebih berstruktur melibatkan masyarakat berkenaan,” ujarnya.

The original article, entitled ‘ MIC masih belum dapat bela sepenuhnya nasib belia India’ appeared at Astro Awani (11 Oct 2016). See here.

 

ASIA SAMACHAR is an online newspaper for Sikhs in Southeast Asia and surrounding countries. We have a Facebook page, do give it a LIKE! Follow us on Twitter. Visit our website: www.asiasamachar.com

RELATED STORY:

Gurinder Singh Shahi: Thinker, eco-warrior who touched so many lives (Asia Samachar, 16 August 2016)

Bilveer Singh; fast paced, informative and entertaining NUS political scientist officer (Asia Samachar, 14 August 2016)

Two Sikh academics awarded MCMC research grants (Asia Samachar, 12 August 2016)

Bhopinder Singh a capable and resourceful Singapore officer (Asia Samachar, 11 August 2016)

Sardar Budh Singh: Second Malayan Indian Congress president (Asia Samachar, 31 July 2016)

Berinderjeet Kaur Singapore mathematics doyenne (Asia Samachar, 27 July 2016)

Amarjit Kaur – A rare Punjabi-Sikh working women of her generation in Singapore (Asia Samachar, 3 Mar 2016)

Singapore PM shares gurdwara photo on his Facebook (Asia Samachar, 28 Nov 2015)

Malaysian minister appoints Dr Sarjit as advisor (Asia Samachar, 23 Feb 2015)

1 COMMENT

  1. “unable to cater”…or has FAILED to cater!I think the later is the resounding answer that would come backfrom grassroots!

LEAVE A REPLY